Sungguh....saya mengejar waktu, dalam kesibukan menguruskan keluarga dan
kerjaya, tanpa pembantu rumah, terhambat antara letih dan lelah, blog ini ada
waktunya tak sempat dijengah......benarlah, waktu sangat cepat berlalu,
seperti berlari dengan laju dan malam ini saya mencuri waktu membuka blog
mentah ini untuk melihat barangkali ada yang sudi datang menyinggah........
terima kasih buat yang sudi berziarah.....berbesar hati dan rasa terharu kerana
anda sudi datang menjadi pengikut sekalipun blog saya cuma biasa-biasa
saja.............akhirnya, ada yang berkata, jangan tunggu waktu lapang tapi
lapangkanlah waktu yang ada.............Sampai ketemu lagi !
Tiraihati
Monday, 20 June 2011
Thursday, 16 June 2011
Selamat hari bapa....
Saya baru selesai menonton rancangan Semanis Kurma di TV9 sebentar tadi
yang membincangkan tajuk "Kasihnya Bapa". Tanpa sedar berlinangan airmata
melihat pengorbanan dua bapa yang berkorban segala-galanya untuk keluarga
tercinta mereka. Andainya semua lelaki-lelaki di dunia ini memiliki sifat-sifat
seperti bapa tersebut, alangkah indah dan bahagia seluruh maya pada ini.
Dikesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa
di Malaysia dan di mana jua......Kasih Ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa
berkorban jiwa......

Wednesday, 15 June 2011
Mari berpantun....
ke darat tidak, ke lautpun bukan
ingin ku dekat, makin dijauhkan
hatiku sarat rindukan teman
apakan daya sudah dilupakan
ke hutan tidak, ke barohpun tidak
duduk menunggu di tepi kali
makan tidak tidorpun tidak
rindukan tuan yang lama dinanti
Pasang pelita ditepi perigi
perigi dekat si anak sungai
gelap gelita tak mengapa lagi
asal dapat hajat tercapai
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Blog tuan-puan sangatlah hebat
blog saya je yang masih baru
tiraihati : tak tahu apa nak tulis, tulislah pantun ni untuk suka-suka....

Monday, 13 June 2011
Jangan Menangis, Sayang.....
Ku tujukan puasi ini buat seseorang yang menangis di depanku
yang bercerita tentang segala duka dan derita di hati ;
Jangan menangis, sayang
mengenang hidupmu yang kau anggap malang
walau duka datang menyapa pagi dan petang
walau ujian dan dugaan datang tanpa diundang
Ingatlah, kau masih punya tempat bergantung harap
Penguasa alam yang memberimu kasih dan sayang
Dialah Allah yang Maha Penyayang
mengadulah kepadanya segala resah dan bimbang
biarlah manusia tidak memandang
tapi Dia yang Pengasih takkan membiarkanmu terbuang
Dia mendengar segala keluh resahmu yang berulang
Dia tahu kau mampu menempuh apa yang datang
kerana itu Dia mengujimu.....
sebenarnya Dia kasih padamu
bersangkabaik kepadaNya........

Labels:
Puisi
Saturday, 11 June 2011
Penyakit orang zaman sekarang
Gaji taknak murah
tapi kerja nak mudah
Cakap taknak kalah
orang lain semua salah
Hidup nak mewah
lebih sudu dari kuah
Pakai nak 'up to date'
peduli apa poket 'sakit'
Makan nak banyak
ibadat kurang tak kisah pulak
Bukan nak mengata
nak ingatkan sapa-sapa yg lupa
termasuklah tuan punya blog ni juga.....
copy dari blog klik sini

Friday, 10 June 2011
Better late than never....
Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya mak budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
emm.....itulah kot pantun yang sesuai untuk saya. Orang lain dah lama
berinternet, berfb, berblog....hahaha, saya baru nak belajar-belajar.
Ketinggalan sungguh, tapi bak kata omputih; Better late than never !
Baru beberapa hari berblog saya sudah dapat rasakan betapa ia menuntut
pengorbanan masa juga. Maklumlah terpaksa mengejar masa antara kerja
dan rumahtangga. Sekalipun anak-anak semua sudah bersekolah dan cuma
tiga orang, tapi saya tetap sibuk juga. Dan antara syarat yang diberikan suami
saya ketika saya minta izin darinya utk berblog ialah berblog tidak mengganggu
tugas-tugas harian saya. Saya jawab, InsyaAllah, InsyaAllah, nanti pandai
pandailah saya cari masa.
Sebenarnya saya suka tulis sajak. Kira jiwangla ni ye ? Eh, takde lah tapi
adalah bakat sikit-sikit kurniaan Allah. Oklah, saya stop dulu, ada jugalah
sikit-sikit idea dalam kepala nak tulis tentang beberapa perkara tapi bak
kata bebudak zaman le ni, pelan-pelan kayuh.....bergantung juga kepada
kelapangan masa dan kesediaan jiwa raga, maklumlah nak jadi penulis
kenalah ada moodnya juga....yer dok ?
Wassalam dari saya,
~ Tiraihati ~

Thursday, 9 June 2011
Opick - Tiada Duka Di Hati
Salam semua, emm....saya tidaklah tahu sangat tentang lagu-lagu, tapi sesekali
memang saya suka mendengar beberapa lagu-lagu berirama sentimental dan
mendamaikan, contohnya lagu ini ; Tiada duka di hati (nyanyian Opick),
bukan saja iramanya perlahan dan menenangkan tetapi juga liriknya sangat
menyentuh perasaan dan membawa maksud yang sangat mendalam:
Tiada Duka Yang Abadi
Tiada duka yang abadi di dunia
tiada sepi merantaimu selamanya
malamkan berakhir
harikan berganti
takdir hidup kan dijalani
tangis dan tawa
nyanyian memeluk rindu
hati yang rindu tanda cinta dijalanMu
namun kupercaya
hati menyakini, semua akan indah
pada akhirnya
Andai bisa kumengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti
tapi detik tak kembali
harap ampunkan hambamu ini
Waktu berputar
rembulan dan matahari
bunga yg mekar akan layu akan mati
malamkan berakhir
harikan berganti
takdir hidupkan dijalani
andai bisa kumengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa perbaiki segala yang terjadi
tapi waktu tak berhenti
tapi detik tak kembali
harap ampunkan hambamu ini
harap ampunkan hambamu ini.....
syahdukan.....begitulah kita, ketika kecil, kita tidak sabar menjadi remaja
dan dewasa. Setelah dewasa, kita mengenang zaman kecil dan zaman
remaja kita yang indah. Namun masa terus berjalan dan tak akan berhenti,
justeru, hargailah waktu yang masih ada , buatlah yang terbaik selagi kita
punya kesempatan dan perbaikilah segala amalan kita sebagai bekal di sana.....
Wednesday, 8 June 2011
Dunia yang aneh....
Dunia akhir zaman ini aneh. Aneh yang bagaimana ya? Percakapan mereka aneh,
bahasa mereka juga aneh, anak-anak muda bertutur ringkas-ringkas, pelik-pelik,
kasar-kasar, kadang-kadang mereka tidak bertegur sapa dgn jiran tetangga tapi
didunia maya mereka begitu mesra. Pakaian mereka juga sudah semakin singkat,
ketat dan sendat, kadang-kadang mereka menutup aurat tetapi sebenarnya tidak,
bagaimana ye menutup aurat kalau segala bentuk masih bisa dilihat ? Keberanian
mereka juga aneh dan menakutkan orang lain. Mereka berani sekali memaparkan
aksi-aksi yang kalau dulu-dulu cuma diperlakukan oleh pasangan suami isteri.
Sudahlah begitu, tanpa segan silu pula mempertonton kepada orang luar. Mereka
berani pula mengatakan itu seni, itu kreativiti, jangan ganggu kami, semua orang
punya hak asasi,punya citarasa tersendiri, masing-masing punya cara untuk hidup
bahagia di mukabumi. Lalu, tak boleh ditegurkah ? Tegurlah berpada-pada, harus
juga ada kerisauan dalam lubuk hati kita kerana bukankah dalam agama kita
telah diajar bahawa jika kita melihat kemungkaran di hadapan kita maka tegurlah
dengan tangan, jika tidak berupaya maka tegurlah dengan lidah, andai masih tidak
upaya maka tegurlah dengan hati, dan itu adalah iman yang selemah-lemahnya.....
Ya, dalam hidup ini tidak ada manusia yang suka ditegur, kerana itu bererti men
cabar kewibawaan mereka tapi sesekali pasti kita ada membuat salah dan silap,
lalu apa salahnya menerima teguran untuk kebaikan..........................

Peringatan diri
Tuesday, 7 June 2011
Hidup cuma seketika.....
Kerana hidup ini....
seketika cuma dipinjam Ilahi
maka nikmati dan syukurilah segala pemberianNya
sesekali mungkin terasa getir UjianNya
terasa sakit ditimpa dugaanNya
tapi harus kita yakin dan percaya
bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya
maka bersangkabaiklah.....
dan jangan sesekali berputus asa......
Pandanglah hidupmu
dengan pandangan matahati
nikmatilah hidupmu
dengan santapan rohani
jalani hidupmu
dengan bekal taqwa dan iman dihati.....

Selamat Datang.... Teman
Selamat Datang .....Teman
ke rumahku di dunia maya ini
entah kita pernah bertemu
atau mungkin pernah berselisih bahu
tapi disini kau tak perlu menyapaku
atau meminta aku membuka pintu
asal saja kau tahu nama teratakku
singgahlah......jangan malu
nanti kita bisa tukar cerita
tentang hidup yang punyai seribu makna
barangkali ceritaku tidak menarik
tapi mungkin juga boleh kau ambil pengajarannya sedikit
buat bekal perjalananmu yang masih jauh dan rumit......

Subscribe to:
Posts (Atom)