Showing posts with label Peringatan diri. Show all posts
Showing posts with label Peringatan diri. Show all posts

Wednesday, 8 June 2011

Dunia yang aneh....

Dunia akhir zaman ini aneh. Aneh yang bagaimana ya? Percakapan mereka aneh,
bahasa mereka juga aneh, anak-anak muda bertutur ringkas-ringkas, pelik-pelik,
kasar-kasar, kadang-kadang mereka tidak bertegur sapa dgn jiran tetangga tapi
didunia maya mereka begitu mesra. Pakaian mereka juga sudah semakin singkat,
ketat dan sendat, kadang-kadang mereka menutup aurat tetapi sebenarnya tidak,
bagaimana ye menutup aurat kalau segala bentuk masih bisa dilihat ? Keberanian
mereka juga aneh dan menakutkan orang lain. Mereka berani sekali memaparkan
aksi-aksi yang kalau dulu-dulu cuma diperlakukan oleh pasangan suami isteri.
Sudahlah begitu, tanpa segan silu pula mempertonton kepada orang luar. Mereka
berani pula mengatakan itu seni, itu kreativiti, jangan ganggu kami, semua orang
punya hak asasi,punya citarasa tersendiri, masing-masing punya cara untuk hidup
bahagia di mukabumi. Lalu, tak boleh ditegurkah ? Tegurlah berpada-pada, harus
juga ada kerisauan dalam lubuk hati kita kerana bukankah dalam agama kita
telah diajar bahawa jika kita melihat kemungkaran di hadapan kita maka tegurlah
dengan tangan, jika tidak berupaya maka tegurlah dengan lidah, andai masih tidak
upaya maka tegurlah dengan hati, dan itu adalah iman yang selemah-lemahnya.....
Ya, dalam hidup ini tidak ada manusia yang suka ditegur, kerana itu bererti men
cabar kewibawaan mereka tapi sesekali pasti kita ada membuat salah dan silap,
lalu apa salahnya menerima teguran untuk kebaikan..........................