Monday 13 June 2011

Jangan Menangis, Sayang.....

Ku tujukan puasi ini buat seseorang yang menangis di depanku
yang bercerita tentang segala duka dan derita di hati ;

Jangan menangis,  sayang
mengenang hidupmu yang kau anggap malang
walau duka datang menyapa pagi dan petang
walau ujian dan dugaan datang tanpa diundang
Ingatlah, kau masih punya tempat bergantung harap
Penguasa alam yang memberimu kasih dan sayang
Dialah Allah yang Maha Penyayang
mengadulah kepadanya segala resah dan bimbang
biarlah manusia tidak memandang
tapi Dia yang Pengasih takkan membiarkanmu terbuang
Dia mendengar segala keluh resahmu yang berulang
Dia tahu kau mampu menempuh apa yang datang
kerana itu Dia mengujimu.....
sebenarnya Dia kasih padamu
bersangkabaik kepadaNya........

3 comments:

Unknown said...

Assalam
terimaakasih..kerana apa membaca puisi ini terasa seolah2 pesanan ini ditujukan utk sy...

Tia said...

Wassalam,
semoga sesiapa jua yg membacanya dpt menghayatinya...btw, terima kasih sudi singgah ke sini...

azieazah said...

Salam.

Kehidupan tanpa airmata, ibarat musim kemarau. Sekali sekala basah, pun indah juga.

Yang penting sabar dan tabah.