Saturday 16 July 2011

Kembali Semula.....

Akhirnya, sesudah agak lama, saya kembali semula membuka blog kerdil ini buat
berkongsi rasa, berkongsi cerita. Moga-moga 15 Syaaban ini membawa sinar baru
dalam hidup kita yang dihambat waktu. Sedar tak sedar tinggal cuma kurang lebih 2
minggu untuk kita menyambut Ramadhan yang mulia. Bagaimana persiapannya?
Apakah persiapan kita lebih kepada puasa atau hari raya? Jangan terpedaya ye....
kerana di media massa iklan raya telahpun ada sedangkan puasapun belum.
Prokatif sungguh mereka ! Sepatutnya kita lah yang perlu proaktif, maksudnya
proaktif dalam perkara-perkara berkaitan agama kerana ia bekal kita untuk ke
sana............Okay, hingga ketemu lagi, salam persahabatan dari saya yang sekejap
ada , sekejap hilang di alam maya ini !


p/s : malam ini jangan lupa bangun malam untuk 'dating' dengan Dia, pencipta
       kita yang maha kaya lagi maha berkuasa............

Tiraihati.

2 comments:

Unknown said...

mudah2an segala amalan kita diterima Kekasih kita yg satu2nya itu...

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan.

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!