Lamanya menyepikan diri
entahlah.....sibuk agaknya
dihambat waktu dan kerja yg tak sudah-sudah
hari ni baru teringat nak buka balik.....
nak tulis apapun tak tahu
jadi nak ajak awak semua jengok blog sahabat saya yg rajin update
dari masa ke masa
dulu-dulu saya ingat nak ikut jejak dia, nak lawan dgn dia siapa lagi terror
rupa2nya awal2 lagi saya dah kalah
hahaha.............
rasanya tak maulah jadi penulis
jadi pembacapun ok gak kan?
Jom layan.........
Hidup Cuma Seketika
.....kerana hidup ini sementara maka nikmati dan syukurilah hidupmu.....
Sunday, 2 October 2011
Wednesday, 20 July 2011
Hebat....
Orang yang hebat ialah mereka yang dapat membezakan perkara yang baik dengan
yang buruk tapi orang lebih hebat ialah mereka yang dapat mencari kebaikan
dalam keburukan.
(kata-kata Saidina Ali r.a)
Ohh.......mari kita jadi orang yang hebat.........

Saturday, 16 July 2011
Kembali Semula.....
Akhirnya, sesudah agak lama, saya kembali semula membuka blog kerdil ini buat
berkongsi rasa, berkongsi cerita. Moga-moga 15 Syaaban ini membawa sinar baru
dalam hidup kita yang dihambat waktu. Sedar tak sedar tinggal cuma kurang lebih 2
minggu untuk kita menyambut Ramadhan yang mulia. Bagaimana persiapannya?
Apakah persiapan kita lebih kepada puasa atau hari raya? Jangan terpedaya ye....
kerana di media massa iklan raya telahpun ada sedangkan puasapun belum.
Prokatif sungguh mereka ! Sepatutnya kita lah yang perlu proaktif, maksudnya
proaktif dalam perkara-perkara berkaitan agama kerana ia bekal kita untuk ke
sana............Okay, hingga ketemu lagi, salam persahabatan dari saya yang sekejap
ada , sekejap hilang di alam maya ini !
p/s : malam ini jangan lupa bangun malam untuk 'dating' dengan Dia, pencipta
kita yang maha kaya lagi maha berkuasa............
Tiraihati.

Monday, 20 June 2011
Dihambat waktu.......
Sungguh....saya mengejar waktu, dalam kesibukan menguruskan keluarga dan
kerjaya, tanpa pembantu rumah, terhambat antara letih dan lelah, blog ini ada
waktunya tak sempat dijengah......benarlah, waktu sangat cepat berlalu,
seperti berlari dengan laju dan malam ini saya mencuri waktu membuka blog
mentah ini untuk melihat barangkali ada yang sudi datang menyinggah........
terima kasih buat yang sudi berziarah.....berbesar hati dan rasa terharu kerana
anda sudi datang menjadi pengikut sekalipun blog saya cuma biasa-biasa
saja.............akhirnya, ada yang berkata, jangan tunggu waktu lapang tapi
lapangkanlah waktu yang ada.............Sampai ketemu lagi !
Tiraihati

Thursday, 16 June 2011
Selamat hari bapa....
Saya baru selesai menonton rancangan Semanis Kurma di TV9 sebentar tadi
yang membincangkan tajuk "Kasihnya Bapa". Tanpa sedar berlinangan airmata
melihat pengorbanan dua bapa yang berkorban segala-galanya untuk keluarga
tercinta mereka. Andainya semua lelaki-lelaki di dunia ini memiliki sifat-sifat
seperti bapa tersebut, alangkah indah dan bahagia seluruh maya pada ini.
Dikesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa
di Malaysia dan di mana jua......Kasih Ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa
berkorban jiwa......

Subscribe to:
Posts (Atom)